Cara Cepat Hamil dan Kesuburan Lelaki
- kedaiAbeAdek
- Apr 23, 2017
- 3 min read

Cara Cepat Hamil
Cara cepat hamil dan kesuburan lelaki amatlah berkait rapat.
Kesuburan lelaki dikaitkan dengan keupayaan untuk menghasilkan zuriat atau sperma sperma yang sihat dan kuat.
Boleh dikatakan kesihatan suami adalah berkait rapat dengan pemakanan lelaki yang biasanya di sediakan oleh isteri.
Untuk mendapatkan zuriat yang baik, para isteri disyorkan untuk menyediakan makanan yang sihat dan beberapa nasihat yang berguna untuk para suami.
Lelaki, antara keutamaan mereka adalah menghasilkan sperma yang sihat dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Kepentingan kesihatan kesuburan lelaki perlu lah dititikberatkan dan jangan dipandang sebelah mata.
Terdapat beberapa panduan asas cara cepat hamil untuk anda seperti mengamalkan pengambilan makanan yang sihat, elakkan mandi air panas, berkata tidak kepada ‘junk food’ dan menghadkan kadar alkohol yang anda minum.
Selain itu, rokok juga boleh dikatakan pembunuh utama sperma lelaki disebabkan kandungan bahan kimia yang terdapat di dalamnya (kira-kira 4000 chemicals), dan didapati 400 daripadanya adalah beracun & sebaik-baiknya dielakkan pengambilan nya.
Cara Cepat Hamil dengan memakan Makanan Yang Mengandungi Lemak Sihat
Pasti anda semua tahu bahawa lebihan makanan berlemak akan merosakkan kesihatan anda. Tetapi lemak juga dikatakan dapat mempengaruhi jumlah janaan sperma anda. Makanan yang mengandungi asid lemak esensial (ETA) dapat membantu meningkatkan pengeluaran sperma yang sihat.
Pilihlah Organik
Cara cepat hamil juga ialah dengan memilih dengan tidak memakan sayuran bukan organik.
Banyak sayur-sayuran yang dijual di supermarket seringkali disembur dengan sejumlah agrokimia sebelum atau semasa proses pengeluaran sayuran tersebut. Bahan itu dipercayai mengandungi residu berbahaya yang dinamakan xenoestrogens dan seperti yang diketahui ia boleh merosakkan aktiviti pengeluaran sperma yang sihat.
Dengan memilih makanan organik, anda bukan sahaja membantu mengekalkan persekitaran tetapi juga hidup gaya hidup yang sihat. Secara tidak langsung, kesuburan anda terpelihara dan dapat meningkatkan peluang anda untuk memiliki cahayamata.
Sayuran seperti tomato sangat baik untuk ini kerana ia mengandungi lycopene yang membantu pengeluaran sperma secara lebih aktif.
Makan Kacang Brazil
Untuk mengekalkan kesihatan sperma anda adalah berbaloi sekiranya anda tidak lupa untuk berbelanja membeli beberapa jenis kacang Brazil yang biasa dijual di supermarket tempatan. Hasil penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa kacang ini kaya dengan selenium yang mempunyai kesan dalam meningkatkan jumlah sperma anda.
Ginseng Korea
Ginseng Korea dapat membantu meningkatkan produksi sperma dan juga kadar testosteron anda. Namun begitu, anda perlu mengamalkan pengambilan suplemen ini sebanyak 500mg sehari untuk mendapat hasil yang menggembirakan.
Jangan Amalkan Exercise Yang Keterlaluan
Sekali pandang, exercise merupakan sejenis bentuk senaman badan yang biasanya memberikan kesan yang positif terhadap tahap kesihatan anda. Sebenarnya ia tidak lah selalu begitu. Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa latihan berat yang berpanjangan (seperti berbasikal) memiliki kecenderungan untuk mengurangkan tahap kesuburan lelaki.
Pumping berat juga akan memberi kesan kerosakan terhadap pengeluaran sperma anda. Oleh itu, anda janganlah keterlaluan semasa berada di gym.
Elakkan Hot Pants
Mengenakan pakaian atau seluar yang ketat sudah tentu mendatangkan kesan yang buruk terhadap jumlah penghasilan sperma anda. Ini kerana testis yang menghasilkan sperma biasanya akan berada pada tahap 8 degrees di bawah suhu badan normal anda, bermakna lebih panas anda, semakin kurang keupayaan untuk testis anda berfungsi dengan baik.
Pilihan pakaian santai seperti seluar pendek atau boxer boleh meminimumkan risiko ini. Selain itu, ia juga dapat memberikan alat sulit anda mempunyai lebih banyak ruang untuk bernafas dan berfungsi secara normal.
Suplemen suplemen yang mengandungi zink dengan kadar dos yang tinggi adalah sesuatu yang baik, ia bukan hanya meningkatkan kadar testosteron, malah memperbanyakkan jumlah sperma yang anda miliki. Ambil 100mg sehari dan anda akan menjadi tak keruan!
Vitamin C juga akan membantu dalam proses penghasilan sebenar sperma, menghalang mereka daripada agglutinating (saling menempel) dan akhirnya membuatkan mereka lebih sihat serta aktif.
留言